X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Pembangkang sambut baik peruntukan buat ADUN Selangor

Rizam
A
A

SHAH ALAM - Pembangkang di Selangor menyambut baik pengumuman kerajaan negeri bagi menaikkan peruntukan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerusi Belanjawan Selangor 2022.

Ketuanya, Datuk Rizam Ismail berkata, pemberian itu sebagai timbal balik terhadap pengumuman peruntukan sebanyak RM400,000 kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) oleh kerajaan Persekutuan menerusi Bajet 2022 pada 29 Oktober lalu.

"Pemberian ini menunjukkan kerajaan Selangor bersikap gentleman," katanya kepada Sinar Harian mengulas mengenai pengumuman peruntukan ADUN pembangkang di Selangor yang akan dinaikkan sehingga RM400,000 tahun hadapan berbanding RM150,000 pada ketika ini.

Dalam pada itu, Rizam berkata, pembangkang melihat kerajaan Selangor mengambil langkah berani dengan berbelanja tinggi menerusi belanjawan negeri pada kali ini.

"Harapan saya agar belanjawan ini bukan hanya cantik atas kertas tetapi dari sudut pelaksanaan masih belum jelas seperti belanjawan terdahulu," katanya.

Tambahnya, usaha kerajaan negeri meneruskan perancangan pembangunan di Sabak Bernam turut disambut baik kerana terdapat banyak projek terbengkalai di sana.

"Pelbagai rancangan dilakukan Barisan Nasional (BN) di Sabak Bernam namun semua itu terhenti dan tidak dapat diteruskan berikutan pertukaran pentadbiran kerajaan negeri.

"Jika betul pengumuman dibuat menerusi belanjawan kali ini iaitu perancangan terdahulu akan disambung semula, ia sangat baik kerana inilah yang ditunggu rakyat di sana," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!