X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

Kilang proses ayam lepas sisa ke longkang awam

Sebuah kilang proses ayam di Kajang dikesan melepaskan air cucian lantai dan peralatan memproses ayam ke longkang awam.
A
A

SHAH ALAM - Sebuah kilang memproses ayam di Kajang dikesan melepaskan air cucian lantai dan peralatan memproses ayam ke longkang awam.

Kegiatan itu berjaya dihidu Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu operasi di kilang terbabit.

JAS dalam kenyataannya memaklumkan, siasatan mendapati premis tidak mempunyai loji rawatan air sisa dan hanya menggunakan sistem perangkap minyak untuk menakung air sisa tersebut sebelum dilepaskan ke longkang di luar kilang.

"Sebanyak tiga sampel efluen telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk dianalisis," katanya dalam satu kenyataan menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Menurut JAS, kilang terbabit dikenakan notis Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009," ujar kenyataan itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!