Sungai Golok lepasi paras waspada

Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas mencatatkan paras air 7.18 meter, melepasi paras waspada 7.00 meter.
Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas mencatatkan paras air 7.18 meter, melepasi paras waspada 7.00 meter.
A
A
A

KOTA BHARU - Satu daripada empat stesen pemantauan aras air sungai di Kelantan merekodkan paras melebihi tahap waspada setakat jam 10.45 malam ini.

Berdasarkan data Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas mencatatkan paras air 7.18 meter, melepasi paras waspada 7.00 meter.

Bagaimanapun, paras air di stesen berkenaan masih di bawah tahap amaran iaitu lapan meter dan paras bahaya sembilan meter.

Sementara itu, Sungai Kelantan di Air Mulih merekodkan paras air 4.90 meter, melebihi paras normal empat meter, manakala Sungai Kelantan di Jambatan Tendong mencatatkan 2.14 meter, masih di bawah paras normal tiga meter.

Empangan Bukit Kwong pula merekodkan paras air 14.02 meter, lebih rendah berbanding paras normal 16.76 meter.

Orang ramai khususnya penduduk di kawasan berhampiran sungai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan paras air dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!