Suspek bakar kereta pegawai kastam dibebas dengan jaminan polis

Kesemua lima lelaki yang ditahan selepas disyaki terlibat dengan kejadian membaling cat dan membakar sebuah kereta milik seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin.
Kesemua lima lelaki yang ditahan selepas disyaki terlibat dengan kejadian membaling cat dan membakar sebuah kereta milik seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin.
A
A
A

KLANG - Kesemua lima lelaki yang ditahan selepas disyaki terlibat dengan kejadian membaling cat dan membakar sebuah kereta milik seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, bagaimanapun, salah seorang daripada mereka telah ditahan semula sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk membantu siasatan kerana didapati terlibat dalam satu kes membabitkan IPD berkenaan.

"Pada Isnin, kami telah cuba sambung reman kesemua lelaki ini tetapi permohonan reman telah ditolak mahkamah, jadi kami telah bebaskan mereka dengan jaminan polis.

"Kami masih dalam proses untuk mendakwa dan kes ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Khamis.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, seramai lima lelaki berusia dalam lingkungan 30-an hingga 60-an ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian membaling cat dan membakar sebuah kereta milik seorang pegawai JKDM di sebuah pusat mencuci kenderaan di Taman Pandamaran Permai di sini pada 18 November lalu.

Hasil siasatan mendapati, motif perbuatan jenayah itu mempunyai kaitan dengan tugas-tugas Sektor 'fowarding' dan Logistik Kastam dan ejen di Pelabuhan Klang.

ARTIKEL BERKAITAN:Lima ditahan baling cat, bakar kereta pegawai Kastam

ARTIKEL BERKAITAN:Kereta dipercayai milik pegawai kastam terbakar

Artikel Berkaitan: