Lima ditahan baling cat, bakar kereta pegawai Kastam

Laporan Sinar Harian pada Khamis mengenai sebuah kereta dipercayai milik seorang pegawai kastam terbakar dalam kejadian di sebuah pusat mencuci kereta di Taman Pandamaran Permai.
Laporan Sinar Harian pada Khamis mengenai sebuah kereta dipercayai milik seorang pegawai kastam terbakar dalam kejadian di sebuah pusat mencuci kereta di Taman Pandamaran Permai.
A
A
A

SEPANG - Polis menahan lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian membaling cat dan membakar sebuah kereta milik seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sekitar Klang, lewat malam Khamis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kesemua suspek yang berusia lingkungan 30-an hingga 60-an itu ditahan oleh pasukan polis untuk membantu siasatan.

Arjunaidi Mohamed
Arjunaidi Mohamed

"Empat suspek adalah warga tempatan berusia 30-an manakala seorang lagi berusia 64 tahun ditangkap lewat malam tadi di sekitar Klang.

"Siasatan lanjut mendapati motif perbuatan jenayah itu mempunyai kaitan dengan tugas-tugas Sektor 'fowarding' dan Logistik Kastam dan ejen di Pelabuhan Klang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada Jumaat.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan berkenaan kejadian kereta utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 milik seorang pegawai Kastam berusia dalam lingkungan 50-an hangus dipercayai kerana perbuatan khianat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta dipercayai milik pegawai kastam terbakar

Menurut laporan berkenaan, siasatan awal mendapati sebelum kejadian sekitar jam 11 pagi itu, kereta milik mangsa dilempar cat ketika berada di sebuah lampu isyarat.

Mengulas lanjut, Arjunaidi berkata, selepas itu mangsa membawa kenderaan yang disimbah cat ke tempat cuci kereta untuk dibersihkan pada jam 10.30 pagi di Jalan Taman Kota Pandamaran Permai.

Artikel Berkaitan:

"Ketika itulah dua suspek yang datang dengan motosikal telah membakar kereta penguat kuasa Kastam itu.

"Kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah manakala kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat api)," katanya.