Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 92 orang

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

ALOR SETAR - Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 92 orang daripada 25 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 58 orang daripada 12 keluarga, petang Selasa.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mohd Muaz Mohd Yusof berkata kesemua mangsa terbabit ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu dan Kota Setar.

"PPS di daerah Kota Setar iaitu di SK (Sekolah Kebangsaan) Gunung dibuka pada 10 malam tadi dengan menempatkan 39 mangsa daripada 14 keluarga," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Muaz berkata, di daerah Kubang Pasu pula sebanyak 22 mangsa daripada empat keluarga berada di PPS Dewan Kampung Lahar manakala di PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang pula terdapat 31 mangsa daripada tujuh keluarga.

Beliau berkata, mangsa banjir di daerah Kubang Pasu merangkumi penduduk dari Kampung Lahar, Kampung Paya Tok Keong dan Kampung Nang Mah. - Bernama

Artikel Berkaitan: