Wanita Filipina dipercayai paling tua di dunia meninggal dunia

Francisca Susano duduk di atas kerusi semasa sambutan ulang tahun kelahirannya di Kabankalan pada September lalu. - Foto City Government of Kabankalan/ Facebook
Francisca Susano duduk di atas kerusi semasa sambutan ulang tahun kelahirannya di Kabankalan pada September lalu. - Foto City Government of Kabankalan/ Facebook
A
A
A

MANILA - Seorang wanita dipercayai manusia paling tua di dunia meninggal dunia di Kabankalan, Negro Occidental, Filipina pada usia 124 tahun, petang Isnin lalu.

Francisca Susano dilahirkan pada abad ke-19 meninggal dunia di rumahnya dan punca sebenar kematiannya masih tidak diketahui.

Namun, dia meninggal dunia bukan disebabkan oleh Covid-19 memandangkan wanita itu tidak menunjukkan tanda-tanda dijangkiti pandemik tersebut.

Susano mempunyai 14 orang anak dan lapan daripadanya masih hidup serta memiliki lebih 500 cucu dan sejumlah cicit.

Salah seorang anak perempuannya berumur 101 tahun.

Dia dilahirkan pada 11 September 1897 ketika Filipina masih menjadi koloni Sepanyol.

Sehingga September lepas, Guinness World Records masih berusaha mengesahkan umurnya sebelum mengisytiharkan Susano sebagai manusia tertua di dunia.

Dia berkahwin ketika berumur 14 tahun dan mendirikan rumah tangga bersama tiga orang lelaki.

Artikel Berkaitan:

Datuk Bandar Kabankalan, Pedro Zayco; Naibnya, Raul Rivera dan para pegawai bandar tersebut mengucapkan takziah selepas Susano meninggal dunia.

Setakat ini, manusia paling tua yang disahkan masih hidup ialah seorang wanita dari Jepun, Kane Tanaka yang berumur 118 tahun. - Agensi