11 kejadian tanah runtuh, pokok tumbang di Cameron Highlands

Kejadian pokok tumbang menghempap sebuah kereta menyebabkan seorang mangsa cedera manakala tiga yang lain terselamat. Foto: ihsan pembaca
Kejadian pokok tumbang menghempap sebuah kereta menyebabkan seorang mangsa cedera manakala tiga yang lain terselamat. Foto: ihsan pembaca
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Sekurang-kurangnya 11 kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang dilaporkan berlaku di sekitar Cameron Highlands, pada Isnin.

Kejadian yang bermula sekitar jam 2 petang itu berlaku ekoran hujan lebat berlarutan hampir dua jam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Zulraime Seman berkata, seorang lelaki dilaporkan cedera apabila kenderaan dinaikinya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Tanah Rata di sini.

"Maklumat yang diterima, kereta tersebut dinaiki empat mangsa. Dua mangsa yang terperangkap dikeluarkan oleh anggota bomba dan telah mendapatkan rawatan.

Sekurang-kurangnya 12 kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang dilaporkan akibat hujan lebat di Cameron Highlands. Foto: ihsan pembaca
Sekurang-kurangnya 12 kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang dilaporkan akibat hujan lebat di Cameron Highlands. Foto: ihsan pembaca

"Dua mangsa lain berjaya dikeluarkan oleh orang awam di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan kejadian sama di kawasan Ringlet, Brinchang, Sungai Palas, Tringkap dan Batu 20, Jalan Cameron Highlands- Tapah di sini.

"Kejadian tersebut turut menghalang laluan kenderaan. Anggota bertindak menggunakan gergaji rantai untuk memotong pokok tumbang dan mengalihkan ke tempat selamat

Artikel Berkaitan:

Kejadian pokok tumbang menyebabkan laluan di beberapa kawasan sekitar Cameron Highlands terhalang. Foto: ihsan pembaca
Kejadian pokok tumbang menyebabkan laluan di beberapa kawasan sekitar Cameron Highlands terhalang. Foto: ihsan pembaca

"Selain itu, anggota menggunakan skop dan cangkul bagi membersihkan laluan untuk keselamatan orang ramai," katanya.

Zulraime berkata, meskipun keadaan hujan kini sudah reda, pihaknya sentiasa bersedia untuk berhadapan keadaan termasuk banjir kilat berikutan peralihan monsun timur laut.