Cameron Ultra tarik pelancong ke Cameron Highlands

Yu Man majlis pelepasan peserta acara Cameron Ultra di Dataran Padang Cameron Highlands awal pagi, Sabtu.
Yu Man majlis pelepasan peserta acara Cameron Ultra di Dataran Padang Cameron Highlands awal pagi, Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Acara Cameron Ultra memberi impak positif kepada industri pelancongan Pahang khususnya di Cameron Highlands.

Exco Perpaduan, Pelancong dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, acara Cameron Ultra yang merupakan edisi yang keenam penganjurannya telah menarik penyertaan seramai 435 peserta luar negara daripada 36 negara.

"Penyertaan peserta luar negara pada tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 35 peratus daripada edisi lalu.

"Jumlah penyertaan keseluruhan termasuk peserta dari Malaysia seramai 1,956 peserta," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Turut hadir sama Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim.

Beliau sebelum itu menyempurnakan majlis pelepasan peserta acara Cameron Ultra di Dataran Padang Cameron Highlands awal pagi, Sabtu.

Yu Man memaklumkan lima kategori dipertandingkan iaitu empat kilometer (km) yang berumur 12 hingga 17 tahun.

"Empat lagi kategori membabitkan acara 14km, 30km, 60km dan 100km (kategori terbuka).

"Acara ini tersenarai dalam kalendar pelancongan Negeri Pahang," katanya.