Banjir: PPS kedua dibuka di Kubang Pasu

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kubang Pasu mengemas kini status terkini banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Lahar, Kubang Pasu pada Ahad.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kubang Pasu mengemas kini status terkini banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Lahar, Kubang Pasu pada Ahad.
A
A
A

ALOR SETAR - Satu lagi pusat penempatan sementara (PPS) dibuka di daerah Kubang Pasu untuk menempatkan mangsa banjir, menjadikan dua pusat aktif setakat jam 8 pagi Isnin.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri APM Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang dibuka pada jam 7 malam Ahad selepas Dewan Kampung Lahar dibuka pada jam 9 malam Sabtu.

"Jumlah mangsa banjir ditempatkan di dua PPS ialah seramai 58 orang daripada 12 keluarga setakat jam 8 pagi Isnin.

"Daripada jumlah itu, seramai 22 mangsa dari empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kampung Lahar, manakala 36 mangsa dari lapan keluarga ditempatkan di Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, sebuah PPS dibuka di Kedah berikutan hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan di Kubang Pasu termasuk Kampung Lahar dan Kampung Paya Tok Keong, mukim Malau dinaiki air.

Artikel Berkaitan: