Pekerja maut kedai perabot dirempuh kereta

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang dirempuh dalam kejadian di sebuah kedai perabot di Jalan Lingkaran Tengah 2, Kampung Pasir, Ampang pada Ahad.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang dirempuh dalam kejadian di sebuah kedai perabot di Jalan Lingkaran Tengah 2, Kampung Pasir, Ampang pada Ahad.
A
A
A

AMPANG - Sebuah kereta merempuh masuk sebuah kedai perabot di Jalan Lingkaran Tengah 2, Kampung Pasir di sini pada Ahad menyebabkan seorang pekerja di kedai berkenaan maut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, kereta jenis Proton Preve yang dipandu seorang lelaki dari arah Kajang menghala ke Raub, Pahang terbabas dan merempuh masuk premis berkenaan.

"Siasatan awal mendapati pemandu berusia 36 tahun itu pitam menyebabkan dia hilang kawalan semasa melalui jalan tersebut, lalu terbabas dan merempuh masuk ke dalam kedai berkenaan.

"Pemandu itu tidak mengalami kecederaan, bagaimanapun seorang pekerja kedai perabot berusia sekitar 20-an disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Ampang," katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, sampel darah pemandu kereta telah diambil untuk dianalisis, manakala keputusan ujian air kencing dan ujian pernafasan untuk mengetahui tahap alkohol adalah negatif.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," kata beliau.

ARTIKEL BERKAITAN:Pemandu dipercayai mabuk rempuh kedai perabot

Artikel Berkaitan: