X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Pemandu dipercayai mabuk rempuh kedai perabot

Kejadian itu turut mengakibatkan seorang pekerja kedai berkenaan cedera akibat rempuhan tersebut.
A
A

AMPANG - Seorang pemandu kereta dipercayai mabuk merempuh sebuah kedai perabot terpakai dalam kejadian di Jalan Kampung Pasir Ampang, pada petang Ahad.

Kejadian itu mengakibatkan seorang pekerja di kedai berkenaan cedera akibat rempuhan tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira jam 6.14 petang.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 6.30 petang.

"Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Proton Preve dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berumur 36 tahun. Pemandu berkenaan dipercayai mabuk. Seorang pekerja kedai tersebut mengalami kecederaan. Mangsa berumur 20-an pengsan dan mungkin mengalami kecederaan dalaman telah dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Norazam, pemandu kereta berkenaan cedera dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!