24 kes kematian Covid-19, lima di Kelantan

Sebanyak 24 kes kematian direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad dengan lima daripadanya dicatatkan di Kelantan. Gambar hiasan
Sebanyak 24 kes kematian direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad dengan lima daripadanya dicatatkan di Kelantan. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 24 kes kematian direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad dengan lima daripadanya dicatatkan di Kelantan.

Menerusi data yang dikeluarkan, kes kematian itu turut dilaporkan di Johor (empat), Perak dan Kedah (tiga), Sarawak, Sabah serta Terengganu (dua).

Masing-masing satu kes kematian Pulau Pinang, Pahang dan Negeri Sembilan.

Tiada kes kematian dilaporkan di negeri-negeri lain.

Daripada jumlah baharu yang dilaporkan, terdapat enam kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Jumlah keseluruhan kes kematian adalah 30,002 dan kes BID pula sebanyak 6,064.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 masih melebihi 60,000 iaitu 68,790 kes.

Seramai 55,026 pesakit Covid-19 atau 80 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 7,792 orang atau 11.3 peratus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 5,431 kes atau 7.9 peratus dirawat di hospital dan 274 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) serta 267 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.