X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Warga emas maut atas bumbung rumah

Anggota bomba menurunkan mayat seorang warga emas dari atas bumbung di Felda Pasak, Kota Tinggi, pada Ahad.
A
A

KOTA TINGGI - Seorang warga emas meninggal dunia semasa berada di atas bumbung rumahnya di Felda Pasak, dekat sini pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Rafi Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.44 petang.

Katanya, seramai sembilan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian mendapati mangsa, Yam Ramin yang berusia 80 tahun telah pengsan di atas bumbung ketika ingin melihat keadaan bumbung rumahnya selepas dibaiki.

"Mangsa disedari pengsan oleh jiran mangsa yang kebetulan berada di kawasan tersebut. Bomba bertindak menurunkan mangsa menggunakan tali," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, operasi tersebut tamat pada jam 5.25 petang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!