Langkah Aaron-Wooi Yik tersekat

Aaron dan Wooi Yik tewas kepada gandingan Jepun dalam aksi separuh akhir Masters Indonesia di Bali pada Sabtu.
Aaron dan Wooi Yik tewas kepada gandingan Jepun dalam aksi separuh akhir Masters Indonesia di Bali pada Sabtu.
A
A
A

BEREGU badminton utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal dalam misi mereka memburu kejuaraan sulung apabila tersingkir di peringkat separuh akhir Masters Indonesia pada Sabtu.

Aaron-Wooi Yik gagal meneruskan kemaraan ke pentas final apabila tewas 18-21, 21-19, 17-21 kepada beregu Jepun, Takuro Hoki-Yigo Kobayashi dalam aksi selama lebih satu jam di Pusat Konvensyen Bali.

Sekalipun gagal dalam pemburuan gelaran juara pada Masters Indonesia kali ini, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu dilihat masih berpeluang layak ke saingan Jelajah Dunia Akhir BWF bulan depan.

Ketika ini, Aaron-Wooi Yik berada di kedudukan ke-14 dalam ranking kejohanan akhir musim itu dan mereka perlu sekurang-kurangnya mara ke suku akhir Terbuka Indonesia yang bakal berlangsung dari 23 hingga 28 November ini.

Hanya lapan pasangan terbaik dalam ranking Jelajah Dunia Akhir layak beraksi di kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AS$1.5 juta (RM6.23 juta).

Dalam pada itu, nasib sama turut dialami satu lagi beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi apabila terpaksa akur dengan kehebatan gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Gideon-Kevin Sanjaya.

Tampil selaku beregu profesional selepas digugurkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tahun lalu, Yew Sin-Ee Yi memaksa lawan mereka berakhir sehingga set penentuan sebelum tewas 21-18, 17-21, 11-21.

Artikel Berkaitan: