36 peratus keluar mengundi sehingga 12 tengah hari

Petugas SPR (kanan) membantu pengundi yang hadir mengimbas kod QR MySejahtera sebelum dibenarkan mengundi di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal di sini hari ini. - Foto Bernama
Petugas SPR (kanan) membantu pengundi yang hadir mengimbas kod QR MySejahtera sebelum dibenarkan mengundi di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal di sini hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Sebanyak 36 peratus pengundi telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat jam 12 tengah hari Sabtu.

Perkara tersebut disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Peratus keseluruhan keluar mengundi biasa bagi PRN Melaka Ke-15 pada jam 12 tengah hari ialah sebanyak 36 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, Setiausaha SPR, Datuk Ikmakrudin Ishak berkata, seramai 476,037 orang akan mengundi pada PRN Melaka.

Menurut beliau, sebanyak 217 pusat mengundi membabitkan 1,109 saluran dibuka untuk tujuan pengundian dengan seramai 12,290 orang petugas bagi proses pengundian.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: