PRN Melaka ditetapkan pada 20 November

Mesyuarat khas berhubung PRN Melaka di Banda Hilir, Melaka pada Isnin.
Mesyuarat khas berhubung PRN Melaka di Banda Hilir, Melaka pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November depan sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung PRN Melaka di Banda Hilir di sini pada Isnin.

Beliau berkata, tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 8 November, manakala pengundian awal ialah pada 16 November iaitu Selasa.

"Suruhanjaya PRN telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berhubung pembubaran DUN Melaka yang ke-14 pada 4 Oktober 2021.

"SPR telah mengadakan mesyuarat khas pada hari ini dan menetapkan satu PRN Melaka perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran pada 5 Oktober lalu bagi mengisi kekosongan 28 kerusi DUN berkenaan," jelasnya dalam sidang akhbar berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Ghani berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 8 November depan iaitu Isnin, sehingga jam 11.59 malam pada 19 November.

Beliau berkata, seramai 495,196 orang layak mengundi berdasarkan senarai pengundi yang dikemas kini pada 3 Oktober lalu.

Menurutnya, sebanyak 28 pusat penamaan calon dan 28 pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, katanya, sebanyak 217 pusat mengundi melibatkan 1,109 saluran mengundi, serta 31 pusat mengundi awal melibatkan 47 saluran mengundi awal akan digunakan.

"Ia membabitkan seramai 12,290 petugas yang dilantik bagi mengendalikan proses pilihan raya berkenaan.

"Waktu mengundi pula bermula jam 8 pagi sehingga 5.30 petang," katanya.

Artikel Disyorkan