BN manfaat peluang daripada situasi 'perfect storm' di Melaka: Tok Mat

Mohamad - Foto fail Bernama
Mohamad - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Melaka adalah kejayaan gabungan itu mengambil peluang daripada situasi buruk yang melanda politik negara, khususnya di negeri itu.

Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan, sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka BN, beliau dan jenteranya berjaya mengolah keadaan yang disifatkan sebagai 'perfect storm' itu menjadi kelebihan buat mereka.

“Salah satunya, memang dalam ‘war room’ yang saya ketuai, saya kata, ‘threshold’ jumlah yang keluar mengundi mesti tidak lebih daripada 65 peratus.

“Kalau lebih daripada itu, UMNO tak mungkin dapat menang kerusi yang banyak. Kalau 70 peratus (keluar mengundi), kurang kemenangan kita. Kalau 75 peratus, kita dalam masalah,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah BN menang PRN Melaka, sapu 21 kerusi DUN

PRN Melaka titik permulaan kebangkitan UMNO, BN: Asyraf Wajdi

Disebabkan itu katanya yang dikenali sebagai Tok Mat, mereka tidak memanggil pengundi Melaka yang berada di luar negeri untuk pulang mengundi.

Sebaliknya, katanya, pihaknya meyakinkan pengundi 'in-situ' yang diketahui memang jelas menyebelahi mereka supaya semua keluar mengundi.

Malah, SOP ketat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga membolehkan mereka memberi sepenuh perhatian kepada gerakan jentera, terus ke akar umbi.

“Memang kita jangkakan ramai orang tak balik (mengundi) dan memang kita tak memanggil orang balik seperti sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

“Sebab itu saya yakin kita boleh menang 18 kerusi, yang lagi tiga itu kerusi dimenangi MCA dan MIC walaupun 50-50, tapi Alhamdulillah kita dapat 21 kerusi,” katanya. - Awani