476,037 pengundi penentu masa depan Melaka

Sebanyak 217 pusat mengundi melibatkan 1,109 saluran akan dibuka untuk pengundian pada PRN Melaka kali ini.
Sebanyak 217 pusat mengundi melibatkan 1,109 saluran akan dibuka untuk pengundian pada PRN Melaka kali ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan baharu negeri Melaka bakal ditentukan hari ini susulan seramai 476,037 pengundi dijangka akan turun mengundi pada PRN Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka ke-15.

Sebanyak 217 pusat mengundi melibatkan 1,109 saluran akan dibuka untuk pengundian pada PRN Melaka kali ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak pada Jumaat memaklumkan bahawa seramai 12,290 petugas akan bertugas bagi melancarkan proses pengundian yang bermula 8 pagi sehingga 5.30 petang.

Pengundi diingatkan supaya menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih individu yang diyakini mampu untuk memimpin.

Bagaimanapun, pengundi yang hadir ke pusat mengundi diwajibkan memakai pelitup muka, melalui proses saringan suhu badan, menggunakan sanitasi tangan, merekodkan kehadiran dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Ikmalrudin berkata, sanitasi tangan akan dibekalkan di semua pusat mengundi dengan pengundi perlu melalui di empat stesen dalam pusat mengundi iaitu di pintu masuk mengundi, pintu masuk saluran, dalam saluran sebelum keluar dari pusat mengundi.

Tambahnya, sanitasi tangan akan dibekalkan di semua pusat mengundi dengan pengundi perlu melalui di empat stesen dalam pusat mengundi iaitu di pintu masuk mengundi, pintu masuk saluran, dalam saluran sebelum keluar dari pusat mengundi.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka turut memaklumkan seramai 463 kakitangan mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan menjelang hari pengundian.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihaknya sedia maklum mengenai beberapa kawasan 'panas' dan pasukan bantuan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk dikejarkan ke lokasi jika berlaku sebarang insiden.

Pastinya yang menjadi tumpuan adalah parti mana yang bakal menerajui dan diberi mandat untuk mentadbir kerajaan Melaka pada kali ini sekali gus menyaksikan siapakah sosok yang bakal diangkat menjadi Ketua Menteri Melaka.

Pertarungan sengit itu melibatkan calon ‘heavyweight’ iaitu Datuk Mas Ermieyati Samsudin mewakili Perikatan Nasional (PN), Adly Zahari mewakili Pakatan Harapan (PH) manakala Datuk Seri Sulaiman Md Ali (Barisan Nasional).

Bagaimanapun, sempena hari mengundi pada hari ini, pengundi dinasihatkan untuk mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh SPR bagi mengelakkan berlakunya kluster penularan wabak Covid-19.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my