Polis tangkap ibu bayi dibuang dalam tandas hospital

Bayi lelaki yang ditemui dalam tandas hospital.
Bayi lelaki yang ditemui dalam tandas hospital.
A
A
A

SELAYANG - Polis menahan seorang wanita tempatan dipercayai ibu kepada bayi lelaki yang dibuang dalam mangkuk tandas wanita sebuah hospital di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, wanita berusia 20 tahun itu ditahan dengan bantuan pengawal keselamatan hospital dan ditempatkan di zon merah hospital sama.

"Setakat ini, suspek masih enggan memberi kerjasama apabila ditemubual sebaliknya hanya menangis.

"Semakan dapati dia tidak memiliki rekod jenayah lampau dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi.

Samsor berkata, bayi malang yang diselamatkan itu disahkan stabil serta tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini dirawat di zon merah hospital terbabit.

Sinar Harian melaporkan seorang kakitangan swasta terkejut apabila menemui bayi disumbat dalam mangkuk tandas di sebuah hospital di sini, hari ini.

Saksi, Noor Shakina Ramli, 35, berada di dalam tandas berkenaan sebelum terdengar tangisan bayi lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Sumbat bayi hidup-hidup dalam mangkuk tandas

Artikel Berkaitan: