Penjawat awam Johor terima bantuan khas minimum RM1,000

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri Johor mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangannya yang akan dibayar sebelum akhir tahun ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Johor 2022 semasa Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini pada Khamis.

Hasni berkata, bantuan berkenaan juga akan dipanjangkan kepada semua guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru Tadika Islam Johor (TAJ).

“Kerajaan negeri tidak melupakan jasa dan khidmat penjawat awam yang telah menjayakan agenda pembangunan dan kebajikan negeri kerana menjadi tulang belakang kepada kelancaran pentadbiran.

“Bantuan khas kewangan ini akan dibayar sebelum akhir tahun ini," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: