Gesa tarik balik sumbangan

SALLEHIN MUKHYI
SALLEHIN MUKHYI
A
A
A

SHAH ALAM - Pas Selangor mendesak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar menarik balik sumbangan RM30,000 yang bakal disalurkan kepada Sisters In Islam (SIS).

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehin Mukhyi berkata, pihaknya mengecam tindakan kementerian terbabit yang dilihat mencabar fatwa dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Beliau berkata, pihaknya juga kesal dengan jawapan balas oleh Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh yang masih mempertahankan sumbangan tersebut atas alasan membantu wanita muslim, sedangkan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS menetapkan bahawa SIS adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

"Tindakan beliau mencabar fatwa yang dikeluarkan oleh MAIS dan sumbangan dari kementerian itu secara tidak langsung menyanggahi institusi agama Islam yang berada di bawah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, Hannah perlu membuat permohonan maaf terbuka kepada Sultan Selangor, MAIS dan seluruh umat Islam.

Terdahulu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan bakal memberi peruntukam sebanyak RM30,000 kepada SIS.

Perkara itu diumumkan oleh Hannah yang memaklumkan jumlah itu sebahagian daripada peruntukan kementerian terbabit.

Artikel Berkaitan: