Jangan takut bila diajak berdebat

No Image Caption
A
A
A

TABIK hormat kepada calon Ketua Menteri Melaka daripada Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari apabila bersetuju menyertai cabaran debat menerusi Program Berani Semuka anjuran Sinar Harian.Jika tiada aral melintang, program itu dijadualkan berlangsung ketika malam kemuncak Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Jumaat, 19 November ini.

Paling menarik perhatian, Berani Semuka dijangka menampilkan calon-calon heavyweight enam parti politik yang bertanding termasuk calon-calon Ketua Menteri Melaka dan kepimpinan parti peringkat negeri.

Merak Jalanan percaya ia menjadi platform terbaik bagi semua calon Ketua Menteri Melaka – jika mereka bersetuju menyertai debat itu mengeluarkan segala ‘modal’ yang ada untuk menambat hati pengundi.

Malah, lebih penting debat terbuka seumpama itu menjadi ruang yang cukup baik bagi membolehkan pemimpin mengemukakan dasar-dasar yang mahu diketengahkan.

Apa pun, program debat tersebut bukanlah medan ‘menyerang’ antara satu sama lain atau mencari pemenang siapa yang lebih jaguh dalam berbicara.

Secara peribadi, Merak Jalanan berharap debat antara pemimpin-pemimpin lebih kerap diadakan di negara ini bagi melonjakkan nama Malaysia sebagai negara demokrasi yang sihat dan matang.

Di kebanyakan negara demokrasi matang, bukan sesuatu yang baharu apabila debat antara calon presiden mahupun perdana menteri diadakan menjelang pilihan raya berlangsung.

Tujuannya bagi membolehkan setiap calon menunjukkan pengetahuan dan keupayaan intelek memimpin negara tetapi di Malaysia, debat antara pemimpin seakan-akan sukar dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

Paling kerap didengari – debat bukan budaya kita. Ubahlah persepsi itu. Buat para pemimpin di luar sana, jangan takut bila diajak berdebat dengan rakan mahupun lawan anda.