Peniaga online rugi RM29,000 ditipu pelaburan tidak wujud

Seorang peniaga dalam talian kerugian RM29,000 selepas menjadi mangsa tawaran peluang pelaburan tidak wujud yang diiklankan melalui Instagram. (Gambar kecil: Mohd Wazir)
Seorang peniaga dalam talian kerugian RM29,000 selepas menjadi mangsa tawaran peluang pelaburan tidak wujud yang diiklankan melalui Instagram. (Gambar kecil: Mohd Wazir)
A
A
A

KUANTAN - Seorang peniaga dalam talian kerugian RM29,000 selepas menjadi mangsa tawaran peluang pelaburan tidak wujud yang diiklankan melalui Instagram, pada September lalu.

Mangsa berusia 24 tahun tertarik untuk menyertainya lalu berurusan dengan suspek yang merupakan seorang lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa membuat sembilan kali pembayaran modal pelaburannya melalui enam akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM29,000.

Menurutnya, selepas bayaran itu dibuat, suspek terus meminta membuat bayaran tambahan.

"Mangsa curiga dan syak ditipu lalu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Triang pada Isnin," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Wazir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: