X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Anak kucing miliki empat telinga popular di IG

Seekor anak kucing yang mempunyai empat telinga menjadi popular di laman sosial Instagram. - Foto Instagram/Midas_x24
A
A

ANKARA - Seekor anak kucing dari Turki yang mempunyai empat telinga kini menjadi popular di Instagram dan mempunyai puluhan ribu peminat selepas akaun pemilik haiwan itu di laman sosial tersebut dibuka sejak tiga minggu lalu.

Menurut pemiliknya, Canis Dosemeci kepada portal berita Mail Oneline pada Ahad, nama anak kucing itu ialah Midas dan ia kini mempunyai lebih 19,000 peminat di laman sosial tersebut.

Anak kucing yang berumur empat bulan dan berwarna hitam itu mempunyai empat telinga ekoran masalah mutasi genetik.

Ia menghabiskan masa bermain dengan dua ekor anjing Labrador milik keluarga Dosemeci.

Dua ekor anjing itu menyayangi anak kucing istimewa tersebut dan tidak bergaduh ketika tinggal di rumah wanita tersebut.

Ibu anak kucing itu ialah haiwan terbiar dan ia melahirkan Midas serta enam lagi anak haiwan itu di sebuah taman milik seorang rakan wanita berkenaan.

Dosemeci kemudian mengambil Midas dan menjaga anak haiwan itu.

Dia dilaporkan berkata, kucing itu kelihatan sihat namun ia akan menjalani pemeriksaan bagi memastikan tidak ada lagi mutasi genetik berada pada tubuh haiwan tersebut. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!