Kerajaan didesak mansuh Sosma, POCA, POTA

Sebahagian ahli keluarga tahanan berhimpun mengadakan bantahan di hadapan Penjara Tapah.
Sebahagian ahli keluarga tahanan berhimpun mengadakan bantahan di hadapan Penjara Tapah.
A
A
A

TAPAH - Lebih 60 ahli keluarga tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) mendesak kerajaan PH memansuhkan akta berkenaan seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU lalu.

Desakan itu dibuat ketika himpunan bantahan aman oleh ahli keluarga tahanan berkenaan sambil memegang poster dengan slogan seperti mansuh akta zalim dan PH = BN2 di hadapan Penjara Tapah.

Bagaimanapun perhimpunan oleh peserta yang tiba sejak jam 8 pagi berkenaan berjalan dengan aman sambil diawasi polis.

Peguam dan Penasihat Gerakan Desak Sampai Mansuh (DSM), Adi Zulkarnain Zulkafli berkata, PH harus menunaikan janji menghapuskan undang-undang yang menyekat kebebasan manusia seperti yang dijanjikan dalam manifesto Janji 27 dalam Buku Harapan.

"Selain Sosma, PH turut menjanjikan untuk memansuhkan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) bagi menjaga keselamatan negara," katanya ketika ditemui pada bantahan DSM Sosma, POCA dan POTA anjuran badan bukan kerajaan (NGO) itu di hadapan pintu masuk Penjara Tapah di sini, hari ini.

Menurut Adi Zulkarnain, sebelum ini satu memorandum dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas diterima.

“Jadi mereka yang berhimpun ini akan mendesak sehingga ke hari Parlimen bersidang minggu hadapan," katanya.

Sementara itu, bapa kepada salah seorang tahanan dari Gopeng berkata, pihaknya kecewa dengan PH yang dahulunya lantang melaungkan pemansuhan undang-undang itu namun ia tidak menjadi agenda utama kerajaan berbanding 10 Janji yang dilaungkan mereka.

Artikel Berkaitan:

“Tujuan kita membantah kerana undang-undang itu zalim dan tidak adil diberikan kepada tahanan. Misalnya anak lelaki saya Jazrin sudah empat tahun ditahan kononnya dia menyalurkan dana kepada pengganas sedangkan dia penganggur.

"Jadi kami akan terus berhimpun di hadapan Penjara Tapah sehingga menteri atau wakil kerajaan hadir ke sini bertemu kami," katanya.

Sebelum ini Muhyiddin dilaporkan menyatakan pendirian kerajaan mahu mengekalkan undang-undang berkenaan berdasarkan cadangan jawatankuasa mengkaji mengenai undang-undang itu manakala Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu dikembalikan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan tak berhajat hidupkan semula ISA

Kerajaan jamin Sosma dipinda dengan teliti

Jangan mansuh tapi tambah baik

KDN kaji enam akta untuk pinda atau mansuh

Sosma, Akta Perhimpunan Aman dibahas di Parlimen

Kerajaan digesa mansuh SOSMA