Arab Saudi perincikan definisi 'tempat awam' bagi kelonggaran SOP

Selepas mengumumkan kelonggaran SOP Covid-19, Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi memperincikan definisi ‘tempat awam’ yang dibenarkan masuk dengan dan tanpa pelitup muka.
Selepas mengumumkan kelonggaran SOP Covid-19, Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi memperincikan definisi ‘tempat awam’ yang dibenarkan masuk dengan dan tanpa pelitup muka.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi memperincikan definisi ‘tempat awam’ yang dibenarkan masuk dengan dan tanpa pelitup muka.

Sumber Kementerian itu yang dipetik Agensi Berita Saudi (SPA) pada Rabu menyebut individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam terbuka seperti di taman dan dataran awam serta di ruang kaki lama.

Sementara tempat awam yang berdinding dan tertutup, walaupun dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh pemakaian pelitup muka masih diwajibkan dan masih tertakluk kepada arahan penjarakan fizikal.

Ruangan tertutup ini termasuklah stadium, dewan acara yang mampu memuatkan 500 orang ke atas pada satu-satu masa, premis yang tidak dapat disahkan tahap kesihatan pengunjungnya menerusi aplikasi Tawakkalna, koridor dan kawasan terbuka dalam kompleks komersial, di dalam masjid, pasar awam dan premis-premis perniagaan kecil.

Menurut sumber itu lagi, MOI turut menggesa orang ramai yang telah menerima dos kedua vaksin Covid-19 untuk mengambil dos penggalak selepas enam bulan, untuk mencapai imuniti kelompok.

Sementara itu, Kementerian Haji dan Umrah menerusi Twitter mengulangi amaran denda SR10,000 bagi pengunjung yang mengerjakan umrah tanpa permit sah dan SR1000 bagi yang memasuki perkarangan Masjidil Haram tanpa permit.

Kementerian turut meminta warga Saudi dan ekspatriat mematuhi arahan dengan mendapatkan permit untuk menunaikan umrah dan solat di Masjidil Haram melalui aplikasi Eatmarna. - Bernama

Artikel Berkaitan: