Komen negatif tidak lagi boleh dilihat YouTube

Komen berbaur negatif tidak lagi dipamerkan di platform media sosial YouTube. Foto AFP
Komen berbaur negatif tidak lagi dipamerkan di platform media sosial YouTube. Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Platform perkongsian video YouTube milik Google mengumumkan pada Rabu bahawa komen negatif tidak lagi akan diperlihatkan untuk tontonan awam dan pengguna-penggunanya.

Ia dilakukan sebagai cara untuk menggelakkan para pemilik atau pencipta video mendapat komen berbentuk negatif daripada pengguna-pengguna lain di platform media sosial itu.

Namun, para pengguna di YouTube masih boleh menekan butang 'dislike' atau dalam bahasa Melayu bermaksud 'tidak menyukai' sesuatu video tersebut.

Cuma komen yang berbaur negatif tidak lagi boleh dilihat oleh mereka di platform perkongsian video itu.

Menurut YouTube, sebilangan kecil pencipta video dilaporkan menjadi sasaran komen-komen negatif apabila ramai para pengguna di media sosial itu yang memilih untuk menekan butang 'dislike'.

Perubahan itu dibuat ketika wakil-wakil rakyat, pembuat undang-undang dan pemantau platform perkongsian video menuduh YouTube tidak melakukan sebarang usaha untuk memerangi gangguan siber yang berbentuk komen negatif. - Agensi

Artikel Berkaitan: