Lelaki direman kes bunuh ibu saudara

Suspek berusia 40 tahun direman seminggu selepas disyaki kes bunuh ibu saudaranya di Ipoh.
Suspek berusia 40 tahun direman seminggu selepas disyaki kes bunuh ibu saudaranya di Ipoh.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan ibu saudaranya di Kampung Cina, Menglembu di sini pada Selasa.

Perintah reman terhadap suspek berusia 40 tahun dikeluarkan oleh Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Selasa, seorang wanita warga emas ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar dan tikaman pada leher.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, mangsa dikenali sebagai Aw Foong Meng, 73, maut dipercayai ditikam oleh anak saudaranya sendiri di rumah mereka.

Lelaki tersebut telah ditahan dan polis akan menyemak rekod perubatan suspek yang dikatakan mempunyai masalah mental.

Artikel Berkaitan: