AS dakwa bekas naib presiden Venezuela

Tareck El Aissami
Tareck El Aissami
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) semalam mendakwa menteri industri dan bekas naib presiden Venezuela Tareck El Aissami atas kesalahan melanggar sekatan, dua tahun selepas melabelnya sebagai raja narkotik kerana mendakwanya melindungi penyeludup dadah.

Aissami, sekutu rapat Presiden Nicolas Maduro dan ahli perniagaan Samark Lopez Bello didakwa bersama di New York atas tuduhan melanggar sekatan AS dengan menggunakan jet peribadi untuk menghadiri mesyuarat di seluruh dunia.

Tuduhan itu termasuk aktiviti oleh kedua-duanya bersama empat lagi lelaki yang turut didakwa, tiga di Florida dan seorang di Panama.

Pendakwaan itu dibuat susulan AS meningkatkan tekanan terhadap kerajaan bergolak Maduro, di mana Washington melabelnya sebagai tidak sah.

Washington mengetuai tekanan antarabangsa untuk menggantikan Maduro dengan pemimpin pembangkang Juan Guaido. - AFP

Artikel Berkaitan: