Majlis rasmi kerajaan, swasta tak dibenar 4 hingga 27 November

Calon Bebas bagi DUN Bukit Katil, Abdul Hamid Mustapah (kiri) selesai menyerahkan borang penamaan calon di Pusat Penamaan Calon, Dewan Tun Ali Bukit Katil hari ini. - Foto Bernama
Calon Bebas bagi DUN Bukit Katil, Abdul Hamid Mustapah (kiri) selesai menyerahkan borang penamaan calon di Pusat Penamaan Calon, Dewan Tun Ali Bukit Katil hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Semua majlis rasmi kerajaan dan swasta tidak dibenarkan diadakan di negeri ini sejak dari 4 November hingga 27 November depan.

Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Negeri Melaka menerusi kenyataan Pelan Pemulihan Negara (PPN) prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat yang dikemas kini pada Ahad memaklumkan selain itu, semua aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya turut tidak dibenarkan sejak 25 Oktober hingga 27 November ini.

Turut tidak dibenarkan adalah sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kehadiran orang ramai ke suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan terhadap arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

Bagaimanapun, mesyuarat parti di Melaka dibenarkan bagi individu yang telah lengkap divaksin tertakluk kepada 50 peratus kapasiti ruang dengan pematuhan penjarakan fizikal.

Menurut MKN, sidang akhbar selepas mesyuarat parti juga dibenarkan dengan pematuhan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pada Isnin sebagai hari penamaan calon manakala tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November, ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas, susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri.

Melaka yang mempunyai 28 kawasan DUN, memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita. - Bernama

Artikel Berkaitan: