KDN kaji untuk pinda akta perjudian

Ismail
Ismail
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti undang-undang berkaitan judi sedia ada bagi tujuan pindaan penambahbaikan untuk memastikan ia relevan dengan perubahan modus operandi sindiket ini terutamanya perjudian dalam talian.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata, ini kerana kerajaan memandang serius isu perjudian dalam talian termasuklah bagi mengekang penglibatan masyarakat termasuklah golongan remaja.

“Kita memang prihatin dengan masalah judi 'online' ini terutama sekali melibatkan kanak-kanak atau remaja yang berada di bawah 18 tahun sebab itulah kerajaan sentiasa mengambi berat dan meneliti apakah bentuk tindakan sewajarnya.

“Kita sedang merancang untuk mengkaji sama ada perlu dibuat pindaan kepada akta perjudian termasuklah akta perjudian 'online' ini untuk pertuduhan yang melibatkan judi 'online',” katanya dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Noorita Sual (PH-Tenom) yang mahu tahu adakah kerajaan bercadang untuk meminda undang-undang-undang perjudian dengan memasukkan kesalahan promosi atau ajakan judi dalam talian kepada remaja menerusi telefon sebagai satu kesalahan jenayah.

Ini kerana katanya, terdapat banyak ajakan atau promosi judi dalam talian yang dihantar pihak tidak bertanggungjawab menerusi telefon dan keadaan itu dibimbangi akan memerangkap golongan remaja bawah umur untuk terlibat dalam judi tersebut.

Artikel Berkaitan: