Korupsi boleh berlaku di Parlimen

Yusmadi Yusoff
Yusmadi Yusoff
A
A
A

SHAH ALAM - Sebagai sebuah cabang kuasa yang bertanggungjawab melakukan semak dan imbang kepada badan eksekutif negara, institusi Parlimen juga berisiko untuk terdedah kepada masalah rasuah.

Bekas Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata, rasuah politik yang berlaku di Dewan Rakyat boleh terjadi dalam tiga senario iaitu sogokan ketika sebelum pilihan raya, semasa proses pembuatan dasar kerajaan dan halangan kepada pemimpin muda negara.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Balik Pulau menjelaskan bahawa dalam senario pertama, rasuah boleh berlaku dalam bentuk sumber kewangan diberikan kepada calon yang bakal mengisi kerusi di Dewan Rakyat.

“Maksudnya ia merujuk kepada dana politik yang mereka peroleh. Ini kerana seseorang pemimpin tidak akan mampu menjadi wakil rakyat yang baik, efektif dan telus sekiranya sumber yang diterima akan mengganggu tugasan mereka.