X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Covid-19: 46 lagi kes kematian, keseluruhan 29,091

KKM laporkan sejumlah 46 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. - Foto fail Reuters
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 46 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,091 kes, daripada 2,481,267 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 8 daripada 46 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 67,160 kes aktif Covid-19 di seluruh negara yang mana 51,856 individu atau 77.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 9,008 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,750 kes dirawat di hospital dan 546 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 260 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 286 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!