5,291 kes baharu Covid-19

Kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan pada Rabu iaitu 5,291 berbanding 5,071 semalam.
Kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan pada Rabu iaitu 5,291 berbanding 5,071 semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 pada Rabu merekodkan sedikit peningkatan pada 5,291 kes berbanding 5,071, Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu berkenaan menjadikan secara keseluruhan negara mencatatkan 2,486,630 kes jangkitan virus itu setakat ini.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 5,216 kes atau 98.6 peratus merupakan pesakit kategori satu dan dua, manakala selebihnya adalah kategori tiga, empat dan lima.

"Tujuh daripada 5,291 kes baharu melibatkan kes import dan selebihnya adalah kes tempatan.

“Sementara kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi adalah 545 kes dan sebanyak 286 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Bagi kes sembuh harian pula, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 4,947 kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih daripada wabak itu adalah 2,390,379, sehingga kini.

Sementara itu, beliau berkata, tujuh kluster baharu dikenal pasti pada Rabu, membabitkan masing-masing dua kluster di Johor dan Sabah, manakala satu kluster di Perak, Pahang dan Kuala Lumpur.

Beliau juga berkata, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini adalah pada 0.95 dengan Putrajaya dan Perlis mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.05, dan Labuan merekodkan nilai sifar.

Artikel Berkaitan:

Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman web CovidNow di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. - Bernama