Doktor Kontrak 2.0 lancar protes Bajet 2022

Gerakan HDK akan lancar Protes Gerakan Hartal Doktor Kontrak 2.0.
Gerakan HDK akan lancar Protes Gerakan Hartal Doktor Kontrak 2.0.
A
A
A

SHAH ALAM - Protes Gerakan Hartal Doktor Kontrak 2.0 akan dilaksanakan selepas kerajaan tidak menyelesaikan isu doktor kontrak dalam Bajet 2022 yang diumumkan pada Jumaat lalu.

Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) dalam satu kenyataan mendakwa, kerajaan tidak memandang serius isu doktor kontrak dan masalah sistem kesihatan yang akan menggadaikan masa depan kesihatan rakyat.

"Gerakan HDK merasakan tiada langkah tanggungjawab penuh diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.

"Tawaran yang diberikan tidak masuk akal dan hanyalah sebuah langkah membuang masa,” katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu, kerajaan bersetuju menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib selama dua tahun kepada maksimum empat tahun.

Dalam pada itu, HDK turut mendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) langsung tidak melakukan sebarang bantahan kepada Kementerian Kewangan mengenai isu tersebut.

"Lima tahun dalam perbincangan masih tiada penyelesaian. Janji lantikan tetap dengan KWSP yang seringkali diuar-uarkan hanyalah umpan supaya kami berhenti bersuara. Setelah dua tahun doktor kontrak berhempas pulas melawan Covid-19, pengorbanan mereka tetap tidak dihargai," katanya.

Artikel Berkaitan: