X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Pembangkang sifatkan SOP PRN Melaka ‘double standard’

Saifuddin Nasution
A
A

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) yang disifatkan sebagai ‘double standard’ atau berat sebelah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Bharu) berkata, perkara ini benar-benar berlaku apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka menerima kompaun RM10,000.

“Benar-benar berlaku. (Ahli Parlimen) Hang Tuah Jaya (Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin) buat ceramah dalam ‘mobile unit’ (kenderaan bergerak) pancarkan secara maya kena RM10,000 denda.

“Tapi ada pimpinan dalam kerajaan papar dengan bangga dalam Facebook, melawat ke sana ke sini, dan sesak tak kena (kompaun).

Ini ‘double standard’.

“Sebab itu, kita masih ada seminggu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kuasa pada beliau.

Beliau boleh dan wajar buat pengumuman segera supaya elak kekeliruan, elak rasa tidak puas hati.

“Sementara kita nak sayang nyawa, patuh SOP tapi jangan sampai berlaku ‘double standard’,” katanya ketika mencelah perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membangkitkan perkara yang sama.

“Pilihan raya tidak boleh kempen, tidak boleh jumpa orang.

Ini pilihan apa?

Tapi saya dengar Perdana Menteri telah memberi jaminan untuk menjelaskan tentang SOP ini,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan kompaun yang dikenakan kepada PKR Melaka sementara terdapat pihak yang mengadakan majlis tidak dikenakan.

“Bagaimana naik lori cakap seorang kemudian kena denda RM10,000.

Orang yang makan beratus orang di majlis itu tak didenda. Ini negara apa?

Darjat mana yang mereka wakili,” soalnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!