Lelaki hilang sejak Isnin ditemui terapung di tasik

Gambar tular memaparkan mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Tasik The Mines pada Rabu.
Gambar tular memaparkan mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Tasik The Mines pada Rabu.
A
A
A

SERDANG – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemukan meninggal dunia selepas mayatnya dijumpai terapung di Tasik The Mines, Seri Kembangan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu pada jam 2.25 petang selepas seorang lelaki yang bekerja di Cruise The Mines menghubungi anggota polis bertugas di Kaunter Aduan Balai Polis Sungai Besi Indah, Seri Kembangan.

"Lelaki berusia 44 tahun itu ditemukan terapung di tasik berkenaan, semakan lanjut mendapati mangsa telah dilaporkan hilang sejak Isnin lalu,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Muhamad Farid berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lelaki yang hilang sejak Isnin ditemukan meninggal dunia di Tasik The Mines, Seri Kembangan
  • Mayat ditemukan terapung pada Rabu oleh seorang pekerja Cruise The Mines
  • Mangsa berumur 44 tahun
  • Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk bedah siasat
  • Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!