13 buah kereta hangus

Sebanyak 13 buah kereta hangus dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi.
Sebanyak 13 buah kereta hangus dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Sebanyak 13 buah kereta hangus dalam kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah bengkel kereta di Jalan Terusan, Jelutong awal pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Rohaizal Abd Aziz berkata, pihaknya yang menerima laporan kejadian berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi terus bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja memadamkan api.

Menurutnya, ketika sampai ditempat kejadian mendapati api marak di bahagian tempat mengecat kenderaan dan hampir 40 peratus struktur bangunan bengkel berkenaan musnah akibat kejadian itu.

"Tindakan pantas anggota bomba dan dibantu dengan pasukan sukarela berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak hanya dalam dalam tempoh 10 minit.

Anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran.
Anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran.

"Berlaku juga beberapa letupan kecil disebabkan bahan mudah terbakar yang terdapat didalam bengkel berkenaan namun kesemuanya dapat dikawal oleh anggota penyelamat," katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Selain 13 buah menderaan hangus terbakar, lima buah kereta yang diletakan di bahagian depan bengkel juga terbakar sehingga 10 hingga 20 peratus.

Katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.58 pagi.

Artikel Berkaitan:

"Pihak forensik kebakaran masih lagi menyiasat punca dan jumlah kerugian yang terpaksa digtanggung oleh pemilik bengkel berkenaan dan unit anjing pengesan K9 juga telah dihubungi untuk ke lokasi bagi membantu dalam siasatan kebakaran," katanya.