Bot langgar tunggul kayu, remaja hilang jatuh sungai

Operasi menyelamat oleh pihak bomba di sekitar kawasan sungai berhampiran Pasar Awam Pekan Benut.
Operasi menyelamat oleh pihak bomba di sekitar kawasan sungai berhampiran Pasar Awam Pekan Benut.
A
A
A

PONTIAN - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai berhampiran Pasar Awam Pekan Benut pada pagi Sabtu.

Mangsa, Mohd Akmal Jamaludin, 17, dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan selepas bot dinaiki bersama bapanya untuk memancing terlanggar tunggul kayu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Abdul Jail berkata, pasukan penyelamat menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.59 pagi.

“Seramai tujuh anggota terlibat dalam operasi menyelamat membabitkan kawasan dalam radius lima kilometer dari kawasan mangsa dilaporkan jatuh.

“Menurut makluman awal daripada bapa mangsa, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai selepas bot dinaiki mereka terlanggar tunggul kayu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

“Pihak bomba dimaklumkan oleh bapa mangsa yang mangsa mempunyai masalah kesihatan sebelum terjatuh ke dalam sungai.

"Mereka juga sebenarnya dalam perjalanan kembali ke jeti untuk pergi ke hospital," katanya.

Katanya, buat masa ini operasi mengesan mangsa masih diteruskan.

Artikel Berkaitan: