Remaja lelaki dihanyutkan arus ditemukan lemas

Muhammad Syafiq ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dan dibawa arus ketika mandi bersama tiga rakannya pada Selasa. - Foto ihsan JBPM
Muhammad Syafiq ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dan dibawa arus ketika mandi bersama tiga rakannya pada Selasa. - Foto ihsan JBPM
A
A
A

BENTONG - Remaja lelaki yang dibawa arus deras ketika mandi bersama tiga rakannya di sungai dekat dD'Kasai Riverside (Monkey Rock) Kampung Orang Asli Gabong, di sini ditemukan lemas pada Selasa.

Mayat mangsa, Muhammad Syafiq Akmal Zaidi, 17, dari Felda Lakum, Lanchang ditemui pada jam 9.35 malam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa ditemui oleh skuad Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada kedalaman tiga meter di sekitar mangsa dipercayai terjatuh.

"Mangsa dipercayai terjatuh dan dibawa arus manakala tiga lagi rakannya dilaporkan selamat," katanya.

Katanya, seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat kejadian.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.