X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

Guru terima RM100 menerusi Insentif Alat Bantuan Mengajar

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan Insentif Alat Bantuan Mengajar sebanyak RM100 secara sekali bayar kepada lebih 4,000 guru sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini kerana guru memainkan peranan dalam memastikan setiap anak murid tidak tercicir daripada mendapat pendidikan formal terutama sewaktu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Sebagai menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid-murid semasa tempoh pandemik, bajet ini buat pertama kalinya menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Bajet 2022 yang mengangkat tema 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera' mendukung tiga paksi utama.

Tiga paksi itu adalah memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!