X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Hampir 90 peratus 'frontliners' di Melaka terima dos penggalak

Program vaksinasi dos penggalak Covid-19 melibatkan 25,000 petugas barisan hadapan di Melaka sudah mencapai hampir 90 peratus. Foto hiasan.
A
A

MELAKA - Program vaksinasi dos penggalak Covid-19 melibatkan 25,000 petugas barisan hadapan di Melaka sudah mencapai hampir 90 peratus.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pemberian dos penggalak kepada petugas barisan hadapan itu sudah dilaksana sejak pertengahan Oktober lepas dan bakinya dijangka selesai dalam masa terdekat.

“Bagi mereka yang dipanggil untuk mengerjakan umrah atau haji, mereka boleh mendapatkan dos penggalak ini di klinik swasta atau kerajaan berhampiran,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perluasan Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Dengan Pemberian Dos Tambahan dan Dos Penggalak di Seri Negeri di sini pada Khamis. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!