BDB sumbang makanan, barangan keperluan sempena Deepavali

Sajahan (kiri) menyampaikan makanan dan barang keperluan kepada penerima di pekarangan Gurumatha Ashram, Sungai Petani pada Rabu.
Sajahan (kiri) menyampaikan makanan dan barang keperluan kepada penerima di pekarangan Gurumatha Ashram, Sungai Petani pada Rabu.
A
A
A

SUNGAI PETANI – Bina Darulaman Berhad (BDB) menghulurkan sumbangan makanan serta barang keperluan kepada golongan yang kurang berkemampuan sempena perayaan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed berkata, barangan tersebut telah disampaikan kepada North Malaysia Malayali Samajam (NMMS) di sini pada Rabu.

Katanya, sumbangan bernilai lebih RM1,000 itu bertujuan memeriahkan sambutan hari Deepavali warga NMMS.

" Kita sedar sambutan perayaan memerlukan pelbagai kelengkapan yang sudah pasti memerlukan kos yang agak tinggi untuk disediakan

" Semoga sumbangan kami ini dapat membantu meringankan beban dalam menyambut perayaan Deepavali pada minggu hadapan," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, wakil NMMS, Juliana Fernandez berkata, pihaknya berbesar hati menerima sumbangan dari BDB yang membuktikan keprihatinan agensi terbabit.

" Saya mewakili seluruh warga NMMS, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak BDB atas bantuan ini dan penerima-penerima pastinya sangat gembira, teruja dan tidak sabar untuk terima kelengkapan baharu mereka," katanya.

Artikel Berkaitan: