X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

'Pasang pagar elektrik pun tak jalan'

Rosli ketika melihat kebun miliknya yang musnah akibat serangan haiwan liar tersebut pada Isnin
A
A

TEMERLOH - Seorang pengusaha kebun kelapa di Kampung Sungai Kepong sedih kerana tanamannya dimusnahkan oleh gajah yang berjaya memasuki kawasan itu walaupun sudah dipasang dengan pagar elektrik, pada Isnin.

Kata Rosli Basri, 42, kumpulan gajah liar berkenaan dipercayai memasuki kebunnya itu kira-kira jam 4 pagi pada Isnin dan sebanyak 33 pokok kelapa jenis Tacunan miliknya musnah.

"Kejadian disedari oleh pekerja saya yang datang ke kebun. Terdapat kesan tapak kaki dan najis gajah ditemui di kebun saya. Wayar elektrik yang dipasang pada pagar pula sudah putus.

"Ini kali kedua gajah memasuki kebun saya selepas dimasuki haiwan tersebut pada tahun lalu dan memusnahkan tanaman pisang. Kali ini gajah memasuki kebun saya dan memusnahkan tanaman pokok kelapa pula.

Pagar elektrik yang rosak akibat serangan gajah di kebun milik Rosli di Kampung Sungai Kepong dekat Lanchang pada Isnin
Pagar elektrik yang rosak akibat serangan gajah di kebun milik Rosli di Kampung Sungai Kepong dekat Lanchang pada Isnin

"Pada masa ini belum tahu jumlah kerugian saya alami tetapi mujurlah 300 pokok durian yang turut diusahakan tidak dimusnahkan oleh gajah," katanya kepada Sinar Harian, pada Isnin.

Menurut Rosli, dia percaya antara tiga dan empat ekor gajah memasuki kebun miliknya itu dan sudah melaporkan mengenai haiwan tersebut kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Sedih memang sedih sebab banyak pokok kelapa saya tanam musnah, namun tetap perlu sabar," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!