X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Peja, Awie beri penghormatan terakhir kepada Mamat Khalid

Awie
A
A

IPOH - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta penyanyi dan pelakon, Datuk Awie menziarahi jenazah Mamat Khalid yang meninggal dunia pada Ahad.

Mereka tiba di rumah Allahyarham di Taman Ipoh Jaya Timur 1 pada jam 10 pagi dan meluangkan masa membacakan tahlil serta mengucapkan takziah kepada anggota keluarga.

Suasana hiba menyelubungi kediaman dengan kehadiran anggota keluarga, kenalan dan pelakon-pelakon telemovie Kampung Pisang.

Sementara itu, Datuk Awie ketika ditemui tidak dapat menahan sebak dan menganggap Allahyarham sebagai satu-satunya bintang menyerlah dalam industri perfileman.

"Beberapa minggu lalu arwah ada mesej berbunyi 'Love you bro, cepat-cepat sembuh'. Dia tidak pernah mesej begitu dengan saya sebelum ini. Kalau bergurau pun kasar. Kemudian dia turut bertanya khabar.

Ahmad Faizal (kiri) menziarahi jenazah Allahyarham Mamat Khalid.
Ahmad Faizal (kiri) menziarahi jenazah Allahyarham Mamat Khalid.

"Kali terakhir kami berjumpa pada tayangan Kampung Pisang muzikal. Arwah disifatkan sebagai pengarah, sahabat dan abang yang baik kepada semua krew," katanya.

Menurutnya, Allahyarham disifatkan sebagai seorang periang dan 'cool' walaupun raut wajahnya seolah-olah garang.

"Dia penghibur di kala ada orang yang bermasalah di lokasi. Pada masa sama dia juga mengajar hingga semua pelakon dapat membawa watak mereka dengan baik.

"Dia yang membawa saya hingga kekal dengan watak Husin. Sehingga ke akhir hayat arwah masih memanggil saya dengan nama watak itu," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!