10 negara gabung perangi jenayah

Pegawai-pegawai dari The Royal Canadian Mounted Police mengadakan lawatan rasmi ke pejabat Sekretariat Aseanapol di Kuala Lumpur.
Pegawai-pegawai dari The Royal Canadian Mounted Police mengadakan lawatan rasmi ke pejabat Sekretariat Aseanapol di Kuala Lumpur.
A
A
A

SEJAK kebelakangan ini, jenayah transnasional seperti keganasan, pengubahan wang haram, jenayah siber, penyeludupan manusia, dadah dan hidupan liar semakin mendapat perhatian masyarakat dunia.

Disebabkan jenayah transnasional adalah fenomena global serta melibatkan banyak negara, maka usaha mengatasinya perlu dibuat secara komprehensif dengan membabitkan kerjasama banyak negara.

Komitmen bersama yang tinggi serta hubungan dua hala dan tindakan bersepadu yang kukuh antara negara juga sangat diperlukan disebabkan ia merupakan isu yang kompleks.

Pengarah Eksekutif Sekretariat Polis Asean (Aseanapol), Deputi Asisten Komisioner Jim Wee berkata, rangkaian kerjasama, peningkatan pertukaran maklumat dan pengukuhan keupayaan agensi penguat kuasa antara mekanisme yang boleh digunakan bagi mengekang ancaman jenayah transnasional.

Jim Wee merupakan Pengarah Eksekutif Ke-6 Sekretariat Aseanapol
Jim Wee merupakan Pengarah Eksekutif Ke-6 Sekretariat Aseanapol

“Aseanapol terbentuk hasil daripada kesedaran mengenai pentingnya kerjasama erat dijalin antara semua Ketua Polis ASEAN dalam menjamin dan mengekalkan keamanan serantau,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pejabat Sekretariat Aseanapol, Jalan Rakyat di sini baru-baru ini.

Difahamkan, Aseanapol kini dianggotai oleh 10 negara iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Menurut Wee, peranan utama Aseanapol adalah berkaitan dengan aspek pencegahan, penguatkuasaan dan operasi dalam usaha menangani jenayah rentas negara.

Artikel Berkaitan:

“Aseanapol telah terlibat secara aktif dalam perkongsian pengetahuan dan kepakaran mengenai kepolisian, penguatkuasaan, undang-undang dan membanteras jenayah transnasional dan antarabangsa.

“Kita juga telah menubuhkan jawatankuasa berkaitan isu penyeludupan dadah serta senjata api, jenayah pemalsuan, jenayah komersil, penipuan kad kredit dan ekstradisi,” katanya.

Wee memberitahu, Aseanapol ditubuhkan pada tahun 1981 berdasarkan konsep meningkatkan kerjasama dan kolaborasi antara pasukan polis ASEAN dalam menguatkuasakan undang-undang serta membanteras jenayah rentas sempadan.

“Pada persidangan Aseanapol pertama, kita telah sebulat suara dan sepakat bahawa perlu ada kerjasama yang lebih erat antara pasukan polis ASEAN melalui kerjasama dalam menjaga keamanan.

“Ia selari dengan moto dan visi Aseanapol iaitu kita bersama menjaga keamanan rantau ini,” jelas beliau.

Jim Wee bergambar bersama Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.
Jim Wee bergambar bersama Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menurutnya, Aseanapol juga terlibat dalam usaha memerangi jenayah transnasional bentuk baharu serta pelbagai trend jenayah masa kini termasuk jenayah siber.

“Persidangan tahunan Aseanapol menjadi platform untuk perbincangan mengenai topik kepentingan bersama, ia merangkumi pelbagai jenayah terancang rentas negara.

“Topik perbincangan itu merangkumi isu penyeludupan dadah, senjata, pengganas, pemerdagangan manusia, penyeludupan hidupan liar, jenayah komersial dan jenayah siber,” tambahnya.

Wee berkata, kejayaan Aseanapol dalam usaha mengekang jenayah perdagangan manusia dan penyeludupan dadah adalah hasil jalinan kerjasama dan pertukaran maklumat.

“Seramai 10 ketua polis negara ASEAN yang hadir di persidangan tahunan Aseanapol berbincang mengenai usaha memerangi sindiket jenayah transnasional,” katanya.

Aseanapol tangani isu penyeludupan hidupan liar

Wee berkata, Aseanapol turut bekerjasama dengan Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) Hidupan Liar Asia melalui seminar yang diadakan secara dalam talian pada Jun lalu.

“Isu penyeludupan haiwan liar bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak berkuasa setiap negara anggota Aseanapol.

“Ia juga melibatkan kerajaan negara lain yang turut memainkan peranan penting dalam menangani isu tersebut,” katanya.

Kata Wee, pihaknya juga menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan haiwan liar.

“Saya melihat NGO tersebut sangat aktif berhubung isu penyeludupan haiwan liar. Kita akan mengadakan banyak latihan termasuk kajian kes.

Jim Wee bersama pegawai pihak berkuasa di Emiriah Arab Bersatu pada Ogos lalu.
Jim Wee bersama pegawai pihak berkuasa di Emiriah Arab Bersatu pada Ogos lalu.

“Mereka juga mempunyai maklumat yang dapat membantu pihak berkuasa menangani isu tersebut,” katanya.

Beliau berkata, jalinan kerjasama itu juga dapat membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan penyeludupan haiwan liar.

“Saya juga berharap hasil kerjasama itu, kita dapat menumpaskan dalang sindiket yang terlibat dalam aktiviti jenayah tersebut,” tegasnya.

Pikul tanggungjawab

Wee memberitahu, beliau mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam perkhidmatan Polis Singapura.

“Saya juga pernah terlibat dalam operasi menjaga keamanan, operasi kemanusiaan dan misi diplomatik di beberapa buah negara,” katanya.

Beliau berkata, peranannya sebagai Pengarah Eksekutif sangat penting kerana dirinya perlu melihat bagaimana ia dapat memberi nilai tambah kepada perkhidmatan Aseanapol.

“Di samping pengurusan rutin koordinasi kerja, saya perlu mengetahui situasi global dan serantau, trend jenayah dan bagaimana mencari platform yang baik serta membantu meningkatkan kerjasama Aseanapol dalam hal kepolisian, hubungan dua hala dan lain-lain-lain,” katanya.

Wee berkata, sebagai Pengarah Eksekutif Keenam Sekretariat Aseanapol, beliau sebenarnya menyasarkan untuk meneruskan platform yang telah dibina sebelum ini.

“Saya juga menyasarkan untuk membina lebih banyak peluang rangkaian untuk menjalin hubungan dengan rakan strategik bagi mendapatkan lebih banyak sumber yang akan memberi manfaat bagi negara anggota Aseanapol.

“Saya telah menjalin perkongsian dengan entiti baru dan juga berusaha untuk melakukan lebih banyak tindakan kolaboratif yang diharapkan dapat mengurangkan sindiket jenayah transnasional,” katanya.

Wee berkata, beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Aseanapol pada tahun 2019 dan jawatannya adalah selama dua tahun.

“Saya sepatutnya menamatkan perkhidmatan sebagai Pengarah Eksekutif Aseanapol pada hujung tahun ini, namun disebabkan pandemik Covid-19, saya mungkin akan melanjutkan lagi perkhidmatan sehingga Mac tahun depan, yang mana persidangan Aseanapol berikutnya akan diadakan di Kemboja," ujarnya.

Perkongsian maklumat

Wee berkata, negara anggota Aseanapol menunjukkan komitmen antara satu sama lain melalui perkongsian maklumat, penyiasatan atau operasi yang diselaraskan.

“Walaupun, kita berhadapan dengan wabak Covid-19 sejak tahun lalu, kita berjaya menyelaraskan persidangan melalui dalam talian mengenai isu jenayah penyeludupan dadah dan pemerdagangan manusia,” katanya.

Negara anggota Aseanapol mempunyai peranan masing-masing dalam usaha membendung wabak Covid-19 sejak tahun lalu.

Persidangan dalam talian membabitkan wakil-wakil Aseanapol yang berlangsung baru-baru ini.
Persidangan dalam talian membabitkan wakil-wakil Aseanapol yang berlangsung baru-baru ini.

“Ia juga bergantung pada kerajaan dan pihak berkuasa negara masing-masing dalam menerapkan prosedur operasi standard (SOP) tertentu.

“Pada awalnya, negara-negara anggota Aseanapol telah berkongsi SOP kepolisian masing-masing kerana ini adalah pertama kalinya semua pihak menangani wabak tersebut dan tidak ada kajian kes mengenainya,” katanya.

Menurutnya, setelah keadaan Covid-19 stabil, langkah negara anggota Aseanapol seterusnya adalah mengenai jenayah domestik dan jenayah rentas sempadan. dan jalinan hubungan sedia ada, dapat membantu menghentikan penyebaran virus.