Chelsea kehilangan dua tonggak

Lukaku (kiri) ketika meninggalkan padang selepas mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang Malmo FF di Stamford Bridge, London. - Foto: AFP
Lukaku (kiri) ketika meninggalkan padang selepas mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang Malmo FF di Stamford Bridge, London. - Foto: AFP
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel mengesahkan The Blues bakal kehilangan khidmat Romelu Lukaku dan Timo Werner selepas kedua-dua pemain tersebut mengalami kecederaan semasa penyandang juara Liga Juara-Juara melakar kemenangan bergaya 4-0 ke atas kelab Sweden, Malmo.

Jelas Tuchel, pihaknya mengakui bimbang dengan situasi itu dan masih menanti perkembangan terkini mengenai tahap kecederaan dialami dua tonggak penting The Blues tersebut.

“Kami berdepan masalah kecederaan melibatkan dua pemain utama iaitu Romelu Lukaku yang terseliuh di bahagian kaki manakala Timo Werner pula mengalami kecederaan otot dan hamstring.

“Saya menjangkakan Lukaku dan Werner akan disisihkan dalam beberapa perlawanan selepas ini, biarpun begitu kami amat berharap kedua-dua akan segera sembuh.

“Kami akan berdepan dengan jadual padat selepas ini, namun begitu kami perlu segera mencari penyelesaian terbaik menampung kehilangan sementara dua pemain ini,” ujar Tuchel

Dalam aksi di Stadium Stamford Bridge itu, Andreas Christen sen terlebih dulu meletakkan kelab London tersebut di depan seawal minit kesembilan sebelum penalti Jorginho minit ke-21 melebarkan kedudukan tuan rumah.

Bagaimanapun di pertengahan babak pertama, Romelu Lukaku dan Timo Werner terpaksa digantikan masing-masing dengan Kai Havertz dan Callum Hudson-Odoi pada minit ke-23' dan minit ke-44' selepas mengalami kecederaan.

Bersambung babak kedua, tuan rumah kembali menambah jaringan kali ini menerusi Havertz pada minit ke-48 sebelum Jorginho menambah koleksi gol peribadi keduanya dengan gol pada minit ke-57.

Artikel Berkaitan:

Jelas Tuchel lagi, Lukaku dan Werner penting kepada The Blues selepas persembahan mantap dalam saingan liga domestik dan Eropah bermula musim ini.

“Kedua-duanya penting kerana selain digeruni lawan juga berperanan mencipta peluang kepada pasukan menjaringkan gol.

“Ketiadaan sementara Lukaku dan Werner perlu diisi pemain-pemain yang mampu menggalas tanggungjawab bermula dengan perlawanan menentang Norwich,” katanya.