Taman Negara Johor dibuka bermula 1 November ini

Semua Taman Negara di Johor akan dibuka kepada pengunjung bermula 1 November ini.
Semua Taman Negara di Johor akan dibuka kepada pengunjung bermula 1 November ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Semua Taman Negara di Johor akan dibuka kepada pengunjung bermula 1 November ini.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Hanis Musalman Salehan berkata, hanya pengunjung lengkap suntikan vaksin Covid-19 dibenarkan masuk ke taman berkenaan.

"lndividu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa masuk anak-anak berusia 18 tahun ke bawah bagi sebarang aktiviti dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, Taman Negara Endau-Rompin Peta, Taman Negara Endau-Rompin Selai, Taman Negara Gunung Ledang dan Taman Negara Tanjung Piai dibuka sepenuhnya manakala Taman Negara Pulau Kukup hanya dibuka untuk aktiviti memancing dan menaiki bot.

Katanya, Taman Negara Johor bukan sahaja antara destinasi ekopelancongan terkenal di negara ini, malah keindahan flora dan faunanya sentiasa memukau pengunjung.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman sesawang PTNJ di www.johornationalparks.gov.my. - Bernama

Artikel Berkaitan: