X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Hampir 3,000 pengunjung serbu PKGK Kuala Gandah

Orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi PKGK Kuala Gandah, Lanchang sejak mula dibuka pada 12 Oktober lalu.
A
A

TEMERLOH - Kira-kira 3,000 pengunjung mengunjungi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah di Lanchang walaupun tiada persembahan gajah diadakan selepas ia mula dibuka secara rasmi pada 12 Oktober lalu.

Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, aktiviti itu tidak diadakan untuk mengelakkan pengunjung berkumpul.

"Pada hujung minggu lalu iaitu 16 dan 17 Oktober, hampir 3,000 orang tidak melepaskan peluang mengunjungi PKGK terbabit. Namun, aktiviti memandikan gajah di dalam sungai masih dijalankan tetapi dipantau oleh petugas.

Aktiviti memandikan gajah antara tumpuan pengunjung di PKGK Kuala Gandah, Lanchang.
Aktiviti memandikan gajah antara tumpuan pengunjung di PKGK Kuala Gandah, Lanchang.

"Selain itu, pengunjung berpeluang melihat gelagat haiwan ini serta melawat galeri atau muzium gajah yang terdapat di sini," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Ujarnya, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dititikberatkan di pusat tersebut.

"Antaranya hanya membenarkan 150 pengunjung pada satu masa selain lengkap dua dos vaksin dan penjarakan fizikal serta pemakaian pelitup muka," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berharap pengunjung terus mematuhi SOP ditetapkan untuk mengelakkan jangkitan Covid-19.

Suasana di PKGK Kuala Gandah, Lanchang yang kembali menjadi tumpuan orang ramai.
Suasana di PKGK Kuala Gandah, Lanchang yang kembali menjadi tumpuan orang ramai.

Terdapat 20 ekor gajah dewasa dan 11 lagi membabitkan anak-anak gajah ditempatkan di pusat tersebut.

Operasi PKGK Kuala Gandah bermula 10.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari dan pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran kecuali menggunakan khidmat pemandu pelancong.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!